Pekerja asing maut melecur satu badan

Pekerja asing maut melecur satu badan

Pekerja maut melecur
PASUKAN penyelamat memeriksa alat boiler penyetiman besi yang terbakar dekat sebuah kilang di Kampung Tok Muda, Kapar di Klang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pekerja asing maut akibat melecur selepas sebuah ruang yang menempatkan alat pemanas besi terbakar dekat sebuah kilang di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mangsa maut selepas apabila keseluruhan badannya melecur akibat kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Komander operasi melaporkan, kebakaran melibatkan boiler penyetiman besi berkeluasan 400 kaki persegi. Api dipadamkan oleh pekerja kilang sebelum bomba sampai.

”Terdapat seorang mangsa lelaki warganegara Bangladesh berusia 20 tahun melecur keseluruhan. Mangsa disahkan meninggal dunia olah petugas kesihatan di lokasi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, terdahulu bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.18 pagi dan menggerakkan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke tempat kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN