Hun Haqeem harap isu saman David Teo segera selesai

Hun Haqeem harap isu saman David Teo segera selesai

HUN HAQEEM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hun Haqeem, 26, tidak menafikan kes saman pelanggaran kontrak yang difailkan bekas pihak pengurusannya, David Teo, se­belum ini menjejaskan dan memberi kesan negatif terhadap kariernya.

Selain imej tercalar, Hun atau nama sebenarnya, Ha­qeem Hermy juga khuatir sekiranya kes itu bakal menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap dirinya.

“Kes ini tentu sekali me­ninggalkan kesan. Empat tahun berpanjangan, dibawa sam­pai ke mahkamah. Nilai bayaran balik pula sebanyak itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak boleh ulas lanjut sebab bukan saya yang failkan saman. Apa pun saya okey untuk berbincang, selesaikan isu ini secara matang.

“Saya berharap semua ini dapat diselesaikan secara baik tanpa sebarang konfrontasi atau perbalahan. Saya mahu jadi contoh yang baik kepada pelakon lain,” katanya.

Hun berkata demikian selepas merasmikan pusat kecergasan Elitez Gym Mont Kiara yang diasaskan bersama pelakon, Andy Teh.

Hun sebelum ini diarahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada Metrowealth Pictures Sdn. Bhd. (MIG) kerana menarik diri daripada terus bernaung di bawah syarikat tersebut.

Pelakon drama Kampung People itu juga memaklumkan enggan memanjang-manjangkan isu berkenaan dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

“Buat masa ini, belum ada kesudahan mengenai kes ini. Tetapi ia akan selesai tidak lama lagi. Harapnya berakhir dengan baik,” kongsinya.

Pada masa sama, Hun juga memaklumkan hubungannya dengan pengasas MIG, David Teo tidak terjejas dan kekal baik sampai ke hari ini.

“Hubungan kami baik. Malah kami sebelum ini banyak kali terjumpa, tidaklah bermasam muka.

“Kalau terjumpa, saya tegur, bersalaman dan bertanya khabarnya.

“Apa pun, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk semua orang yang saya kenali, termasuk dia,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini