BESUT: Seorang pemuda menceburi bidang jahitan pembalut stereng kereta selepas kehilangan kerja sebagai penyelia di sebuah pusat cuci kereta di Tanah Merah, Kelantan, pada Mei lepas. Muhammad Shalihin Hashim, 24, berkata, pekerjaan tersebut yang masih jarang dilakukan secara mudah alih kini menjadi punca pendapatannya. Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, dia mula belajar menjahit pembalut stereng kereta daripada internet dan ibunya yang merupakan seorang tukang jahit. “Awalnya saya belajar…










