Harap semua hanya spekulasi, netizen doa hubungan Fazura, Fattah masih ada sinar

Harap semua hanya spekulasi, netizen doa hubungan Fazura, Fattah masih ada sinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya, tidak kiralah individu itu orang biasa mahupun artis, perkara itu tetap akan terjadi.

Begitu juga dengan rumah tangga pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin yang ketika dikatakan berdepan masalah namun masih ramai yang berharap kisah mereka masih mempunyai sinar di penghujung jalan cerita.

“Bersyukur seadanya (count our blessings),” kata Fazura menerusi ruangan kapsyen perkongsiannya.

Lebih mencuri perhatian, menerusi perkongsian tersebut Fazura turut berkongsi foto yang mempunyai kata-kata yang menggambarkan setiap kegembiraan seseorang tidak memberi makna kepada orang lain.

“Jika itu membuat kami gembira, itu tidak memberi makna kepada orang lain,” kongsinya.

Sementara itu, ruangan komen perkongsian itu turut dihujani dengan kata-kata semangat dari peminat pelakon itu yang berharap hubungannya bersama Fattah baik-baik sahaja.

Malah, mereka juga berharap segala desas desus mengenai status rumah tangga mereka yang semakin rancak diperkatakan itu hanya sekadar khabar angin.

“Moga Faz baik-baik sahaja ya. Saya tak nak percaya tomahan rumah tangga awak. Saya cuma doa yang terbaik untuk kalian,” komen seorang peminatnya.

“Jagalah hubungan ini demi Fatima yang comel. Kesian Nyamma (Fatima),” komen seorang lagi peminatnya.

“Faz, awak jangan bagi ruang pada orang untuk anggap buruk pada awak ya, Faz. Saya sedih lah. Saya doakan awak baik-baik saja tau Faz,” luah seorang peminatnya.

Dalam pada itu, ada juga peminatnya yang berharap pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu tidak mengambil pusing dengan spekulasi yang mahu menjatuhkan lagi rumah tangganya.

“Saya doakan agar hubungan Fazura dan Fattah tidak goyah dan terus kekal hingga ke syurga. Jangan pedulikan kata-kata orang lain yang nak menjatuhkan dan menghancurkan rumah tangga
kalian,” komen peminatnya.

“Hanya tuan badan yang lebih tahu dan memahami diri sendiri dan pasangan. Semoga terus mengecapi kebahagiaan,” kata peminatnya lagi.

Sejak beberapa bulan lalu, isu rumah tangga Fazura dan Fattah masih lagi menjadi sorotan selepas timbul dakwaan muncul orang ketiga yang menggoncang keharmonian mereka suami isteri.

Meskipun pelbagai spekulasi tercetus, ada juga peminat yang membela dan mempertahankan rumah tangga mereka walaupun pasangan itu masih memilih untuk berdiam diri.

Untuk info, Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 3.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×