Empat ekor sang bedal ditangkap di Kota Marudu Empat ekor sang bedal ditangkap di Kota Marudu

Empat ekor sang bedal ditangkap di Kota Marudu

160924-Sbh-tangkapBuaya ANGGOTA bomba membawa buaya yang berjaya ditangkap di Kampung Marudu Darat, Kota Marudu hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA MARUDU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah berjaya menangkap empat ekor buaya di sungai Kampung Marudu Darat, di sini hari ini.

Operasi menangkap buaya itu dilakukan susulan kehilangan seorang lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya semasa sedang melakukan aktiviti mandi-manda di sungai berkenaan pada Rabu lalu.

Pengarah JHL Sabah, Roland Oliver Niun berkata, setakat ini empat ekor buaya telah ditangkap di kawasan tersebut dengan menggunakan kaedah umpan serta ditembak.

Beliau berkata, tiga ekor buaya berjaya ditangkap dengan kaedah memasang umpan manakala, seekor lagi ditembak. Saiz buaya yang ditangkap antara 1.5 meter sehingga 3.6 meter panjang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd. Hasbi Hajat berkata, mangsa yang dilaporkan hilang belum ditemukan.

“Memasuki hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR), pemeriksaan di lokasi umpan yang dipasang berjaya menangkap dua ekor buaya. Kedua-dua buaya itu telah diserahkan kepada JHL untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang hilang dikenali sebagai Razis Amat,35. Difahamkan beliau melakukan aktiviti mandi-manda di sungai di kampung tersebut bersama seorang lagi rakannya.

Namun, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri sementara, mangsa dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya.

Mohd. Hasbi berkata, tiada liputan GIRN dan talian telefon di lokasi kejadian dan pasukan bomba masih giat melakukan SAR dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya