Malaysia pertimbang beli peluru berpandu dari empat negara

Malaysia pertimbang beli peluru berpandu dari empat negara

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin beramah mesra dengan orang ramai pada Karnival Hari Keluarga Kita Warga Angkatan Tentera Malaysia Zon Selatan, di X Park Impiana 2 Square, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kerajaan sedang mempertimbangkan pembelian sistem peluru berpandu antikapal (NSM) daripada empat buah negara termasuk Turkiye dan Korea Selatan untuk digunakan pada kapal tempur persisir (LCS) negara.

Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu masih diperingkat penilaian bagi memastikan kemampuan tembakannya selari dengan sistem senjata yang digunakan pada kapal LCS.

Katanya lagi, banyak negara telah mengemukakan tawaran namun beberapa aspek lain turut perlu dinilai dan diambil kira seperti tempoh pembekalan dengan keutamaan diberikan kepada negara yang mampu membekalkan dalam tempoh antara satu hingga dua tahun.

“Selain masa pembekalan dalam tempoh singkat, harga setiap peluru itu juga akan diambil kira selain beberapa teknologi lain seperti pengesanan radar serta kaedah tembakan digunakan.

“Semua perkara disebutkan akan diambil kira sebelum penetapan pembelian peluru berpandu ini dibuat tempahan di negara terbabit,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika menghadiri Hari Keluarga Angkatan Tentera Zon Selatan bertemakan Karnival Sukan 7 Briged Hari Keluarga Kita di X-Park Impiana Square 2.

Mengulas lanjut, beliau berkata, negara hanya akan memilih peluru berpandu yang memiliki semua sistem diperlukan.

“Ini bagi memastikan keberkesanannya dalam usaha mempertahankan sempadan negara daripada sebarang pencerobohan,” katanya.

Mengulas mengenai Hari Keluarga Angkatan Tentera Zon Selatan, Mohamed Khaled berkata, program seumpama itu telah dimulakan sejak tahun lalu bagi mencapai beberapa matlamat.

“Antaranya mahu anggota terlibat terlibat dalam aktiviti yang berfaedah dalam mengisi masa lapangnya tidak mahu mereka terjerumus dalam apa-apa kegiatan yang tidak memberikan manfaat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN