Counter setting: Siasatan SPRM tumpu syarikat milik warga Bangladesh

Counter setting: Siasatan SPRM tumpu syarikat milik warga Bangladesh

Tan Sri Azam Baki (tengah) ketika hadir pada Persidangan Penyelidikan Governan, Integriti dan Anti Rasuah peringkat kebangsaan kali-3 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah syarikat dimiliki warga Bangladesh yang beroperasi di negara ini yang disyaki membawa masuk pekerja asing dengan tidak mematuhi peraturan selain merasuah penguat kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti termasuk daripada akaun syarikat itu bagi menyemak jika terdapat bayaran dibuat kepada pihak berkuasa.

“Syarikat dimiliki warga Bangladesh itu juga tidak mempunyai apa-apa sistem untuk merekod kemasukan pekerja dari negara asalnya,” katanya dalam sidang akhbar pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan ketiga di sini, hari ini.

Azam menambah, pemilik syarikat terbabit menjadi orang tengah membawa masuk pekerja ke negara ini dengan pelbagai cara termasuk menyatakan mereka sebagai pelancong, namun ‘lesap’ selepas itu.

“Satu perkara yang agak sukar untuk dibuktikan kerana SPRM perlu mengesahkan dokumen yang dirampas daripada suspek selain berapa ramai warga asing yang telah dia bawa masuk.

“Tanpa ada sistem digunakan oleh suspek untuk merekod warga asing, ia menyukarkan kita untuk melakukan siasatan,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, pegawai penyiasat SPRM cuba mendapatkan banyak perkara terutama berkaitan akaun syarikat milik suspek dan membuat analisa.

Pda perkembangan berkaitan,beliau memberitahu, kertas siasatan terhadap 50 pegawai penguat kuasa berhubung isu counter setting sedang dilengkapkan dan hampir selesai.

Menurutnya, secara prinsip siasatan berhubung kes itu sudah berakhir apabila semua dalang atau anggota penguat kuasa terlibat sudah dirakam percakapan.

Beliau berkata, SPRM kini hanya ingin menentukan sama ada akan dilakukan pertuduhan atau tidak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN