ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah makin pulih apabila beberapa kawasan yang sebelum ini dinaiki air sudah mula mengering yang membolehkan sebahagian mangsa pulang mencuci rumah masing-masing. Sehingga pukul 5 petang semalam, hanya empat daerah masih terlibat banjir berbanding tujuh sejak Isnin lalu dengan jumlah mangsa terkini menurun kepada 7,230 orang. Mengikut rekod terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 4,974 mangsa daripada 1,636 keluarga di Kota Setar masih berlindung di…









