Cadangan tukar MB Selangor tidak pernah dibawa kepada saya - PM

Cadangan tukar MB Selangor tidak pernah dibawa kepada saya – PM

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang perbincangan pernah diadakan mengenai kemungkinan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar akan menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak pernah dibawa atau dimaklumkan kepadanya dan hanya merupakan pandangan peribadi Amirudin.

“Itu pandangannya. Dia tidak pernah berbincang perkara ini dengan saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Johannesburg, Afrika Selatan.

Mengulas kesediaan Amirudin memikul tanggungjawab di peringkat Persekutuan, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, tempoh untuk pilihan raya umum (PRU) seterusnya masih panjang dan perkara itu akan dibincangkan pada masa sesuai.

“Perkara itu melibatkan lebih daripada satu jawatan kerana terdapat sekurang-kurangnya tiga kekosongan yang perlu diisi.

“Bila PRU yang seterusnya? Masih panjang, jadi kita akan bincangkan perkara ini kemudian,” katanya.

Semalam, Amirudin menerusi sebuah audio siar mendedahkan, beliau telah memaklumkan kepada Nurul Izzah mengenai cadangan mengambil alih jawatan Menteri Besar dan menyerahkan sepenuhnya kepada Nurul Izzah untuk menerima atau menolak cadangan tersebut.

Ahli Parlimen Gombak itu turut menyatakan kesediaannya memikul tanggungjawab di peringkat Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN