Akmal usah angkuh tolak Kerajaan Perpaduan di Johor

Akmal usah angkuh tolak Kerajaan Perpaduan di Johor

MUHAMMAD Akmal Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengajak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh untuk berpijak di bumi nyata dan tidak bersikap angkuh dengan terus menolak pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor.

Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti besar membuktikan bahawa kerjasama yang jitu dalam kalangan gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Katanya, hal itu selari dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyatakan bahawa kemenangan memberangsangkan ini tidak mungkin dicapai sekiranya mana-mana gabungan bergerak secara bersendirian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap gabungan dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai segmen dan sasaran yang berbeza. Oleh itu, menjadi keutamaan buat kita semua untuk saling bekerjasama dalam meyakinkan akar umbi parti masing-masing untuk menerima dinamik politik baharu ini.

“Segala perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan secara baik dan damai. Berbeza pandangan tidak bermakna berpecah.

“AMK juga ingin mengajak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, supaya berpijak di bumi nyata dan tidak bersikap angkuh dengan terus menolak sebarang bentuk kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN di Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, PH dan BN saling memerlukan dan boleh menawarkan keuntungan bersama sekiranya benar-benar serius dalam kerjasama ini.

Media sebelum ini melaporkan, tiada keperluan memberi tekanan kepada kepimpinan kerajaan BN Johor dalam membentuk kerjasama perpaduan bersama PH negeri itu.

Muhamad Akmal dilapor berkata, ini kerana pimpinan kerajaan negeri itu ketika ini sudah terbukti dapat menjalankan tanggungjawab menjaga Johor selepas kejayaan besar di PRK DUN Mahkota.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini