YBR sumbang cermin mata, tunai kepada golongan B40

YBR sumbang cermin mata, tunai kepada golongan B40

AHLI Lembaga Pemegang Amanah YBR, YB Syahredzan Johan yang juga Ahli Parlimen Bangi (dua dari kiri), Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani (kiri) dan Ketua Bahagaian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman (kanan) menyampaikan cermin mata kepada salah seorang penerima.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 186 murid golongan B40 diberikan bantuan cermin mata dan 92 mahasiswa menerima sumbangan bantuan tunai untuk menyambung ke peringkat pengajian tinggi oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Objektif bantuan cermin mata dan pemeriksaan mata secara percuma ini adalah sebahagian inisiatif YBR dalam meningkatkan tahap pendidikan murid-murid bagi mereka yang memerlukan bantuan alat penglihatan terutamanya golongan yang tidak berkemampuan.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Syahredzan Johan berkata, bantuan cermin mata yang disumbangkan dapat mengurangkan beban kewangan mereka.

“Saya amat berterima kasih kepada pengurusan YBR kerana inisiatif ini dapat mengurangkan beban kewangan keluarga melalui penjagaan kesihatan mata murid. Sememangnya cermin mata amat diperlukan kepada murid yang terkesan dengan masalah penglihatan bagi membolehkan mereka untuk menuntut ilmu,” katanya.

Terdahulu, Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata dan Bantuan Awal Pengajian YBR telah
disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bangi itu di Dewan Seri Cempaka, Kajang.

Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagaian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin

Tambahnya, bantuan cermin mata ini melibatkan murid dari Sekolah Kebangsaan Kajang, Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih, Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Kajang, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga.

Mengulas lanjut Syahredzan berkata, penyerahan peruntukan sebanyak RM46,000 kepada mahasiswa tersebut bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut dilaksanakan bagi mengurangkan kos pelajar dalam memulakan sesi pengajian yang baru.

“Objektif bantuan ini adalah bagi menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian melibatkan kumpulan pelajar dari kalangan asnaf dan keluarga B40.

“Selain itu, bantuan tunai yang diberikan adalah inisiatif bagi meneruskan usaha dalam menyediakan pelajar-pelajar dan golongan muda akses pendidikan yang berkualiti dan diharapkan memberi semangat kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertier dan meningkatkan pembangunan modal insan negara.

“Bagi meneruskan usaha dalam menyediakan pelajar-pelajar dan golongan muda akses pendidikan yang berkualiti, inisiatif ini diharapkan memberi semangat kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk meraih kecemerlangan dan seterusnya meningkatkan pembangunan modal insan negara,” katanya.

Setakat Ogos 2024, seramai 407 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pen gajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM272,100 di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN