Usah bincang tuntutan DUN Mahkota secara terbuka - Utusan Malaysia

Usah bincang tuntutan DUN Mahkota secara terbuka

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akar umbi Parti Amanah Negara (Amanah) diminta untuk tidak membincangkan isu tuntutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota secara terbuka.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil maklum tuntutan kerusi itu yang telah diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain Jumaat lalu.

“Saya menegaskan bahawa isu tuntutan kerusi DUN Mahkota ini tidak perlu dibincangkan melalui media memandangkan isu ini masih belum dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Justeru, beliau menyeru semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan terutama ahli Amanah untuk memberikan tumpuan penuh kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri yang sedang dipertandingkan sekarang.

“Amanah terus komited kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi DUN Mahkota, 13 Ogos ini.

Sebelum ini, Amanah Kluang dilapor mendesak supaya parti itu diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Susulan itu, Pemuda UMNO Johor dilapor menyifatkan tuntutan kerusi itu sebagai gelojoh dan tamak serta tidak menghormati sensitiviti keluarga dan waris kepada Allahyarhamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN