Video tular pergaduhan empat lelaki Afghanistan rakaman lama

Video tular pergaduhan empat lelaki Afghanistan rakaman lama

RAKAMAN tular memaparkan tindakan pihak polis menahan empat lelaki warga Afghanistan yang terlibat pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Ipoh Soho, Ipoh pada Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Rakaman video tular yang memaparkan tindakan anggota polis menahan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Ipoh Soho, di sini adalah kejadian lama.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian itu berlaku pada 28 Mei lalu apabila dua anggota polis diarahkan ke lokasi kejadian pada pukul 5.10 pagi bagi meleraikan pergaduhan melibatkan empat lelaki warga Afghanistan berusia antara 25 hingga 28 tahun.

Katanya, semasa menjalankan tugas, dua daripada lelaki terbabit bertindak agresif dengan menyerang anggota polis sehingga berlaku pergelutan.

“Kesemua suspek bagaimanapun berjaya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Pekan Baru untuk tindakan lanjut.

“Ketika berada di balai polis, dua daripada suspek sekali lagi bertindak agresif di hadapan anggota polis yang sedang bertugas,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kesemua lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu berada dalam keadaan mabuk dan bergaduh sesama sendiri sebelum ketibaan pihak polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.

“Kesemua suspek telah dituduh di mahkamah pada 12 Jun lalu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN