Tiga beranak terperangkap, rumah terbakar - Utusan Malaysia

Tiga beranak terperangkap, rumah terbakar

Terperangkap
EMPAT buah rumah dijilat api dalam kejadian kebakaran dekat alan Toman 16, di Banting, Kuala Langat, pada awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran melibatkan empat buah rumah dekat Jalan Toman 16, Banting, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.15 pagi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, KLIA dan Teluk Panglima Garang ke tempat kejadian.

Menurutnya,kebakaran melibatkan empat buah rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,200 kaki persegi dengan kemusnahan antara satu hingga 30 peratus.

“Dalam kejadian tersebut tiga mangsa sekeluarga terperangkap dekat bahagian belakang dalam sebuah rumah dan diselamatkan oleh seorang pemuda berusia 24 tahun.

“Bagaimanapun pemuda terbabit mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca dan dibawa ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan. Tiga sekeluarga tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, kebakaran turut melibatkan sebuah kereta Perodua Aruz yang hangus 100 peratus serta tiga buah motosikal jenis Honda Wave (dua) dan Yamaha Lagenda.

“Api dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada pukul 4 pagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN