PETALING JAYA: Semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan perlu mendukung hak wartawan dan menghormati peranan media dalam negara ini, kata Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan. Syahredzan berkata, kerahsiaan sumber merupakan salah satu tonggak penting dalam kewartawanan dan profesion tersebut yang mempunyai tanggungjawab untuk melindungi sumber yang dirujuk dalam laporan mereka. Kata beliau, kerahsiaan itu penting supaya pihak media dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai semak dan imbang terhadap…









