Status Ustaz Don diumum masa terdekat - Utusan Malaysia

Status Ustaz Don diumum masa terdekat

Ustaz Don
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Keputusan penelitian kenyataan bertulis pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berhubung isu fakta kes ceramah agamanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sesi pertemuan fizikal antara Jawatankuasa Tauliah dan penceramah itu sudah pun dilakukan baru-baru ini dan hasilnya kini masih diteliti dan berada di peringkat akhir.

“Mereka (jawatankuasa dan Ustaz Don) telah mengadakan perjumpaan dan semua maklumat-maklumat yang diterima sedang diteliti.

“Satu pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat oleh jawatankuasa berkenaan atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Bulan Pembebasan Riqab 2024, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Ustaz Don, 41, diberi tempoh selama 14 hari bagi memberi ­kenyataan bertulis selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Langkah itu dilakukan agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap penceramah berkenaan.

Pendakwah selebriti itu disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu berdasarkan beberapa aduan diterima JAIS.

Beliau yang ditamatkan khidmatnya sebagai pengacara program Salam Baitullah di RTM turut memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan mengenai ibadah berpuasa pada hari tasyrik.

Dalam pada itu, kata Abdul Aziz, MAIS memperuntukkan RM19.4 juta daripada zakat asnaf riqab bagi membantu golongan itu bagi bantuan pemulihan, rawatan dan pencegahan tahun ini.

“Sehingga Jun lalu, seramai 5,943 orang di disantuni bagi membimbing mereka kembali ke jalan benar selepas dibelenggu masalah seperti dadah dan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)

“Justeru, kempen selama sebulan ini diharap menjadi ruang dan informasi kepada umat Islam mengenali asnaf riqab secara lebih dekat serta cakna dengan masalah akidah dan gejala sosial,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN