Ingat khemah orang susah, rupanya sarang penagih dadah

Ingat khemah orang susah, rupanya sarang penagih dadah

Khemah sarang penagih dadah
KHEMAH yang pada asalnya disangka jadi tempat tinggal orang susah termasuk seorang mualaf rupanya sarang dadah, dekat Jalan Perepat, Telok Panglima Garang, di Kuala Langat. - Gambar Zakat Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Khemah di dalam ladang kelapa sawit yang dikatakan menjadi tempat tinggal empat sekeluarga termasuk mualaf, rupanya sarang penagih dadah.

Kegiatan keluarga terbabit di Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di Kuala Langat itu terbongkar selepas Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) yang pada asalnya berhasrat menyantuni mereka bagi menghulurkan bantuan, baru-baru ini.

Zakat Selangor dalam kenyataannya berkata, pada peringkat awal badan baitulmal itu menerima maklumat daripada maklumat daripada Pusat Perlindungan Mualaf (Baitul Salam) melalui Skuad Saidina Umar (SSU).

“Berdasarkan aduan bergambar yang diterima, Zakat Selangor mengenal pasti lokasi di sebuah kebun sawit. (Namun) Maklumat awal menunjukkan mereka tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

“Mereka tinggal di dalam khemah tanpa bekalan air dan elektrik,” katanya, malam tadi.

Susulan itu, SSU Zakat Selangor menyantuni mereka dengan bantuan Operasi Agihan Daerah Kuala Langat, wakil masjid dan kampung bagi mengenal pasti situasi sebenar.

“Sebaik sahaja tiba, kesemua mereka melarikan diri dan bersembunyi dalam kawasan gelap ladang sawit. Kami berusaha memujuk mereka lebih 30 minit supaya memberikan kerjasama.

“(Bagaimanapun) Pemeriksaan di kawasan khemah, pasukan menemui beberapa barangan terlarang. Operasi kemudian ditamatkan dan bergegas ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu lagi, pasukan polis kemudian tiba di lokasi terbabit dan mengesahkan kesemua individu ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

“Itulah antara cabaran yang kami hadapi sebagai amil zakat dalam menyantuni mustahiq. BUkan semua kes dapat diselesaikan dengan bantuan kewangan. Ada juga yang memerlukan tindakan pihak berkuasa,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrial Radzi berkata, kesemua empat individu itu merupakan pasangan suami isteri, anak dan menantu berusia 30 hingga 50 tahun.

“Kesemua tangkapan sudah dituduh pada Jumaat lalu di di Mahkamah Telok Datok di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1951,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN