Pemandu dipercayai mabuk maut dirempuh dua lori

Pemandu dipercayai mabuk maut dirempuh dua lori

Pemandu mabuk maut
TANGKAP layar tular memaparkan sebuah trak pikap dirempuh lori treler dekat Persimpangan Jalan Bukit Naga - Jalan Bukit Kemuning, di Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pemandu dipercayai mabuk maut selepas trak pikap jenis Isuzu D-Max yang dipandunya dirempuh sebuah lori dekat Persimpangan Jalan Bukit Naga – Jalan Bukit Kemuning, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu terbabit dikatakan dalam perjalanan dari arah Klang lalu membelok ke Jalan Bukit Naga.

“Trak pikap itu kemudian bertembung dengan sebuah lori dipandu seorang warga emas dari arah bertentangan yang mahu membelok ke arah Jalan Bukit Kemuning dari Jalan Bukit Naga.

“Akibat pelanggaran tersebut juga menyebabkan trak pikap itu melanggar sebuah lori treler lain dari arah bertentangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Susulan kejadian, mangsa berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat, sementara kedua-dua pemandu lori termasuk warga emas itu tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, polis turut mengambil sampel darah dan air kencing mangsa yang maut untuk diperiksa.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat bolehlah tampil ke ke hadapan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 017-2836851,” ujarnya.

Terdahulu tular dalam media sosial yang mengatakan pemandu trak terbabit dipercayai mabuk sebelum terlibat dalam kemalangan bersama dua buah lori. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN