JOHOR BAHRU: Hasrat seorang remaja lelaki mencari kerja bertukar mimpi ngeri apabila menjadi mangsa scammer menyebabkannya mengalami kerugian sebanyak RM201,866. Lebih memilukan, sebahagian daripada wang tersebut merupakan wang simpanan ahli keluarganya. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang berusia 19 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu, kelmarin. Katanya, mangsa terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian kerana tertarik dengan komisen antara 6 hingga…