Rapid Bus perkenal lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos Rapid Bus perkenal lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos

Rapid Bus perkenal lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) melancarkan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos ini.

Lorong bas sepanjang 6.37 kilometer itu bermula dari Jalan Puchong ke Jalan Klang Lama Off Jalan Halimahton merupakan projek lorong bas ketiga buat Rapid KL.

Hasil kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan dan memberi penjimatan masa perjalanan sehingga 10 minit dari Kinrara ke arah pusat bandar raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij  berkata, semenjak pelaksanaan lorong bas di koridor Jalan Ampang dan koridor Jalan Genting Kelang pada 2023, pihaknya telah mencatatkan peningkatan penumpang sehingga 42 peratus.

“Kami berharap manfaat kelancaran perkhidmatan dan penjimatan masa akan dapat terus menarik minat orang ramai untuk beralih menggunakan pengangkutan bas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beroperasi pada waktu puncak, iaitu dari pukul 6 pagi sehingga 9 pagi, Isnin hingga Jumaat (kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum), projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama ini akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Puchong, Sri Manja, Taman Kinrara, Taman Desa, Taman OUG dan Jalan Kuchai Lama.

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan, aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas serta layari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN