KUALA LUMPUR: Menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia memelihara kemerdekaan dan memberi makna kepada negara yang bebas dan berdaulat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tanggungjawab itu adalah selaras hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia Madani yang sentiasa hormat-menghormati. Selain itu, katanya, hasrat kerajaan juga meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban yang meliputi sifat ihsan dan saling membantu bagi memastikan masyarakat hidup sejahtera tanpa persengketaan. Katanya, kemerdekaan yang diwariskan oleh…