Puntung rokok daun punca wanita maut terbakar dalam bilik tidur - Utusan Malaysia

Puntung rokok daun punca wanita maut terbakar dalam bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan polis mendapati puntung rokok daun dipercayai menjadi punca kebakaran yang mengakibatkan kematian wanita di Apartmen Sea Park, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 62 tahun itu tinggal bersendirian.

Menurut beliau, pihak polis menerima laporan pada 6.45 petang dan pihak bomba mendapati kebakaran berlaku hanya di bilik mangsa iaitu di bilik kedua bersebelahan dapur.

“Pasukan forensik bomba mendapati kebakaran berpunca daripada rokok daun, malah didapati banyak puntung rokok di sekeliling katil mangsa.

“Menurut maklumat diperoleh, mangsa pernah mengalami patah kaki pada dua tahun lalu dan hanya mampu bergerak perlahan menggunakan tongkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrulnizam berkata, kejadian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) berikutan tiada unsur jenayah dikesan.

“Orang amai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Safuan Alias di talian 01110255125 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditemukan renting dalam bilik tidurnya di sebuah apartmen, di sini.

Mangsa ditemukan maut akibat rentung 60 peratus selain kebakaran itu membabitkan katil dan tilam tanpa membabitkan struktur bangunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN