KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam majlis bacaan tahlil, Yasin dan doa selamat sempena Hari Pahlawan di Masjid Negara, hari ini. Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 5.18 petang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar. Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman; serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).…










