PARIS: Penyanyi rap, Travis Scott ditahan pihak berkuasa susulan insiden pergaduhan membabitkan pengawal peribadinya baru-baru ini. Penyanyi berusia 33 tahun itu bagaimanapun dibebaskan tanpa dakwaan selepas 36 jam berada dalam tahanan polis. Penyanyi rap itu pada 9 Ogos lalu dilaporkan terlibat dalam pergaduhan selepas berlaku ketegangan membabitkan pengawal peribadinya. Scott dilaporkan berang kerana pengawal peribadi berkenaan gagal melindunginya daripada gangguan paparazzi di Paris. “Saya dimaklumkan bahawa polis dikerahkan ke sebuah hotel di Paris pada 9 Ogos lepas sekitar pukul 5 pagi dan menahan Scott yang didakwa mengasari pengawal peribadinya,” ujar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya