Penduduk gempar penemuan mayat lelaki tanpa identiti - Utusan Malaysia

Penduduk gempar penemuan mayat lelaki tanpa identiti

PASUKAN penyelamat mengusung mayat lelaki tanpa identiti yang ditemukan di kawasan belukar di Kampung Bukit Chatak, Dungun, petang tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Penduduk di sekitar Kampung Bukit Chatak, dekat sini, gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti di sebuah belukar di kawasan hutan kampung itu, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat lelaki yang hampir reput itu ditemukan seorang lelaki yang mahu mencari kayu untuk dibuat bubu kira-kira pukul 3.20 petang.

“Lelaki yang melalui kawasan belukar itu terhidu bau busuk, terkejut apabila ternampak mayat seorang lelaki yang terbaring di kawasan belukar yang berbukit.

“Lelaki itu kemudiannya menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai penemuan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Maizura berkata, anggota bomba dan penyelamat turut membantu mengeluarkan mayat mangsa dari kawasan tebing itu.

“Identiti mangsa sedang dikenal pasti dan kita minta pihak yang kehilangan ahli keluarga untuk membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN