KUALA NERUS: Seorang pemuda maut setelah motosikal ditunggangi merempuh sebuah lori yang membuat pusingan U di Jalan Kubur Shariff, Gong Badak, di sini, pagi tadi. Mangsa, Che Muhamamad Faiz Che Mazuki, 26, yang juga pekerja swasta di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) Batu Rakit, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, dalam kejadian 10.25 pagi itu, mangsa dari arah Gong Badak…