Jambatan RM2 juta jadi ‘gajah putih’

Jambatan RM2 juta jadi ‘gajah putih’

JAMBATAN Na Phay-Don Cham yang tidak dapat digunakan oleh penduduk tempatan. - Foto VnExpress
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Sebuah jambatan bernilai 15 bilion dong (RM2 juta) siap dibina di wilayah Nghe An, Vietnam pada pertengahan tahun lalu tetapi lebih 1,000 penduduk tempatan masih tidak boleh menggunakannya. 

Jambatan Na Phay-Don Cham yang menghubungkan kampung Thanh Phong 1 dan Thanh Phong 2 itu tidak boleh menggunakannya susulan kegagalan kontraktor menyiapkan jalan di kedua-dua hujung jambatan tersebut.

Kesan daripada kegagalan projek itu menyebabkan kira-kira 200 isi rumah terputus hubungan daripada akses jalan raya, terutamanya ketika musim hujan kerana penduduk terpaksa meredah arus sungai yang deras bagi urusan harian. 

Ketua kampung Thanh Phong 1, Lu Dinh Hieu menjelaskan bahawa penduduk tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan kemudahan lama kerana kenderaan masih tidak dapat melalui jambatan baharu tersebut. 

Selain isu keselamatan, kelewatan itu turut melumpuhkan aktiviti ekonomi setempat apabila lori-lori yang membawa hasil tani tidak dapat melalui jambatan gantung sedia ada.

Ia menyebabkan kos pengangkutan meningkat manakala hasil tanaman seperti ubi kayu dan jagung terpaksa dijual pada harga lebih rendah.

Projek yang mula dibina pada penghujung 2021 itu sepatutnya dijadualkan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2024. 

Walaupun struktur utama jambatan itu telah siap pada Mei tahun lalu, keseluruhan projek tersebut dilaporkan baru mencapai 67 peratus dengan beberapa komponen penting seperti pagar penghadang, kerja-kerja tanah pada tembok dan jalan susur masih belum dilaksanakan. 

Pengerusi Mukim Que Phong, Luu Van Hung, menyatakan bahawa kelewatan berpunca daripada ketiadaan punca bekalan tanah yang diluluskan untuk membina jalan perhubungan tersebut kerana tiada kuari yang menepati dokumen kelulusan asal projek. 

Walaupun desakan telah dibuat kepada agensi berkaitan untuk membekalkan bahan binaan, kemajuan projek tersebut kini terus terbantut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN