Pemilihan DAP: Kon Yeow belum putuskan bertanding atau tidak

Pemilihan DAP: Kon Yeow belum putuskan bertanding atau tidak

CHOW Kon Yeow ketika ditemui pemberita di The Light City, George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjelaskan, beliau masih belum memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak pada sesi pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang akan berlangsung September ini.

Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, sebarang keputusan mengenainya akan dibuat selepas sesi penamaan calon berakhir pada 19 Ogos ini.

“Itu kata laporan media (tidak bertanding), Tidak memetik apa yang saya kata, Proses penamaan calon pun masih berjalan.

“Media nampaknya kurang faham dengan perangai saya. Saya tidak akan komen sebelum matang sebab masih dalam proses penamaan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara IJM Perennial Development Sdn. Bhd. (IJM Perennial) dengan empat pemain industri terkemuka bagi pembekalan infrastruktur telekomunikasi dan hospitaliti di The Light City di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media berbahasa Mandarin yang memetik sumber DAP mendakwa beliau tidak akan bertanding ada pemilihan DAP nanti.

Laporan tersebut juga mendakwa, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying, akan menjadi Pengerusi DAP negeri yang baharu selepas ini.

Dalam pemilihan DAP Pulau Pinang tiga tahun yang lalu, Kon Yeow telah dipilih menjadi Pengerusi DAP negeri dengan undian tertinggi, iaitu selepas memiliki majoriti sebanyak 1,211 undi.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, beliau juga memerhati semua laporan media berkaitan dengan pemilihan DAP di Pulau Pinang ketika ini.

“Saya perhatikan laporan, pada akhirnya semua keputusan akan dibuat nanti. Calon-calon juga akan dimaklumkan tentang pencalonan mereka dan mereka diberi masa untuk menerima mahupun tidak menerima pencalonan,” katanya.

Kongres dan pemilihan semula DAP Pulau Pinang kali ini akan diadakan di Spice Arena, di Bayan Lepas pada 22 September depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN