JAKARTA: Golkar parti kedua Indonesia melantik orang kuat Presiden Indonesia, Joko Widodo sebagai ketua parti yang baharu.
Menteri Tenaga, Bahlil Lahadalia dinamakan sebagai Ketua Golkar bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Airlangga Hartarto pada minggu lalu.
“Semua ketua wilayah telah menyatakan sokongan kepada Bahlil. Petang ini, kami akan umumkan beliau sebagai ketua parti baharu,” kata pemimpin kanan Golkar, Ace Hasan Syadzily kepada Reuters.
Dalam rombakan Kabinet baru-baru ini, Bahlil dilantik menyertai jemaah menteri baharu dalam tempoh beberapa bulan sebelum tempoh pemerintahan Jokowi berakhir pada Oktober ini.
Sebelum ini, timbul desas-desus Jokowi akan menyertai Golkar selepas tidak lagi menjadi Presiden Indonesia, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk terus berada dalam pentas politik walaupun sudah tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan.-AGENSI










