Orang Asli Pos Pulat mahu peluang kerja

Orang Asli Pos Pulat mahu peluang kerja

BELIA Orang Asli di Pos Pulat berharap kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di Pos Pulat di sini ma­hu wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri kali ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Dakwa masyarakat itu, sebelum ini mereka dijanjikan peluang pekerjaan oleh pemaju Projek Hidroelektrik Nenggiri namun sehingga hari ini belum ada tawaran kepada anak-anak muda Orang Asli.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pulat, Mazlan Mohamad berkata, tahun lalu, seramai 10 pemuda kampung itu pernah membuat permohonan bekerja di situ, namun sehingga kini belum menerima jawapan.

Menurut beliau, penduduk di penempatan itu terutama golongan muda sangat berharap supaya projek yang sedang dalam pembinaan itu dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

“Kebanyakan penduduk tidak mempunyai kelayakan pendidikan tinggi, namun mereka masih boleh melakukan kerja-kerja biasa di peringkat bawah dan bersedia menerima upah yang setimpal dengan kerja,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Razak Seli, 26, berkata, dia kini menoreh getah dan mencari hasil hutan untuk menampung kehidupan seharian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN