Negara dijangka terima hujan sehingga minggu depan

Negara dijangka terima hujan sehingga minggu depan

Negara kini berada dalam fasa monsun tidak aktif atau secara saintifiknya “monsoon break”.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangkakan negara terima hujan berterusan sehingga minggu depan.

Ketua Pengarah Met Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, negara kini berada dalam fasa monsun tidak aktif atau secara saintifiknya “monsoon break”.

Katanya, sepanjang tempoh itu, akan terjadi beberapa keadaan di mana angin barat bertiup lemah menyebabkan pembentukan awan hujan yang lebih aktif.

“Lazimnya kebanyakan kawasan akan mengalami kurang hujan, namun, ada beberapa keadaan angin barat bertiup lemah dan menyebabkan pembentukan awan hujan lebih aktif.

“Keadaan akan kembali kurang hujan dan panas apabila monsun ini berada dalam fasa aktif disertai kehadiran ribut siklon tropika di Laut China Selatan dan Lautan Pasifik Barat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Muhammad Helmi berkata, hampir kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami hujan terutama pada waktu petang dan awal malam.

Antara kawasan diramal berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah beberapa daerah di kawasan utara, pantai timur semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN