Aktivis diburu polis serah diri di Port Dickson

Aktivis diburu polis serah diri di Port Dickson

ALZAFNY Ahmad pada sidang akhbar di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki yang juga aktivis ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson tengah hari tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan berkaitan siasatan kes susulan laporan daripada seorang lelaki pada 10 Mac lalu yang mendakwa diugut melalui Facebook oleh suspek.

Menurutnya, siasatan kes bermula selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 10 Mac lalu, kira-kira pukul 6.25 petang yang mendakwa diugut melalui Facebook oleh suspek.

“Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Usaha mengesan suspek telah dijalankan di sekitar Kajang, Selangor, namun dia dipercayai melarikan diri ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam pada 9 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek berada di negara jiran itu selama lebih empat bulan sebelum memasuki semula Malaysia melalui laluan tidak sah di sempadan Kelantan.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengemukakan permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) pada 8 Jun lalu bagi mengeluarkan notis merah terhadap aktivis Tamim Dahri Abdul Razak yang dipercayai masih berada di luar negara bagi mengesan serta membawanya pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan kes provokasi agama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN