Bujang terpaksa tarik diri, dokumen tidak lengkap

Bujang terpaksa tarik diri, dokumen tidak lengkap

BUJANG Abu ditemui pemberita selepas menarik diri daripada menjadi calon bagi kerusi DUN Sikamat hari ini. -UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hasrat seorang warga emas berusia 75 tahun yang mahu sekali lagi bertanding di pilihan raya di negeri tidak berhasil selepas terpaksa menarik diri kerana permohonannya tidak lengkap akibat masalah dokumen.

Bujang Abu, 75, yang pernah bertanding kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai salah satu syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya kali ini.

Berikutan itu, beliau yang bermain muzik jalanan sebagai sumber pendapatan selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan terpaksa menarik diri daripada menjadi calon bagi kerusi DUN tersebut.

“Saya berasa agak kecewa tetapi ini salah saya kerana tidak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya selepas PRN lalu seperti yang ditetapkan oleh SPR.

“Tak mengapa lah. Mungkin saya akan cuba lagi pada masa akan datang jika masih ada umur,” katanya ketika ditemui di Wisma Majlis Bandaraya Seremban yang menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi lima DUN termasuk Sikamat dalam Parlimen Seremban di sini hari ini.

Pada PRN 2023, Bujang yang bertanding sebagai calon bebas dengan menggunakan lambang cermin mata memperoleh 83 undi. Pada PRU 2018, Bujang memperoleh 15 undi bagi kerusi DUN yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN