GEORGE TOWN: Sebanyak RM31.38 bilion pelaburan telah berjaya diraih oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Pulau Pinang hasil kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan berkata, jumlah pelaburan yang memberangsangkan itu membuktikan keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang yang ditawarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Pulau Pinang. Kata beliau, pelaburan yang merangkumi beberapa sektor…










