Agong zahir takziah dua tentera maut, titah siasatan menyeluruh

Agong zahir takziah dua tentera maut, titah siasatan menyeluruh

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah hari ini.

Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertitah agar siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Ini bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi perhatian dan diperkukuhkan.

“Al-Fatihah buat dua anggota yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah baginda.

Sultan Ibrahim berharap keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat sukar ini.

Terdahulu, ATM akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian mengorbankan dua anggota Tentera Darat semasa latihan membaling grenad di Kem Hobart.

Insiden dipercayai berlaku pada pukul 10.57 pagi semasa latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di kem terbabit.

Anggota terkorban ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada 1 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN