Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional

PERTEMUAN Annuar Musa (kiri) dan Mohamed Nazri di restoran. -FACEBOOK ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) yang kini dipimpin pemimpin parti Pas.

Pengerusi MN merangkap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa memberitahu perkara itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Annuar menjelaskan, MN kekal sebagai NGO dan keahliannya terbuka untuk semua pihak daripada pelbagai latar belakang.

Pada 2019, UMNO dan Pas pernah menjalin kerjasama dengan mengguna nama sama Muafakat Nasional.

“Terima kasih Mohamed Nazri kerana ajak saya dan belanja makan hari ini. Terima kasih juga kerana menjadi ahli MN serta memberi dukungan kuat terhadap NGO MN.

“MN akan kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan keanggotaannya dibuka kepada semua pihak daripada pelbagai parti, kaum, agama serta budaya.

“MN mengutamakan nilai kesederhanaan dan kasih sayang, perpaduan yang bertunjangkan perpaduan pribumi serta saling menghormati dalam konteks masyarakat berbilang bangsa,” katanya.

Status Mohamed Nazri yang merupakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat kembali menjadi perbincangan selepas Annuar malam tadi memuat naik gambar mereka di Facebook yang menyatakan terima kasih kepada sokongan beliau.

Mohamed Nazri berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018).

Annuar ketika ini memimpin jentera parti dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Sementara itu, sebuah portal berita memetik Mohamed Nazri dilaporkan berkata, beliau tetap ahli UMNO walaupun sudah menyokong MN yang merupakan NGO dipimpin Annuar selepas dipecat UMNO pada 2022.

“Muafakat Nasional adalah NGO. Saya faham apa yang Annuar Musa buat.

“Annuar anggota Pas. Dia boleh buat hal dia, saya buat hal saya. Muafakat Nasional tidak terlibat dalam politik,” kata Mohamed Nazri.

Katanya, MN juga sudah diterima oleh kedua-dua pihak UMNO dan Pas.

“Orang kata Muafakat Nasional hanya fokus pada perpaduan Melayu, tetapi ia tidak menekan orang bukan Melayu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN