SABAK BERNAM: Lebih 21,000 penjawat awam di bawah Kerajaan Negeri Selangor bakal menerima pelarasan gaji baharu seperti mana Kerajaan Persekutuan pada Disember ini. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun kerajaan negeri sedang meneliti implikasi kewangannya termasuk keperluan peruntukan tambahan bagi membiayai saraan baharu kakitangan awam. Menurutnya, kaedah kenaikan turut dilakukan secara berfasa pada Disember ini dan Januari 2026 seperti mana dilakukan di peringkat Persekutuan. “Kita sedang kira impak…










