Projek telaga minyak Turkmenistan bawa limpahan besar ekonomi Malaysia

Projek telaga minyak Turkmenistan bawa limpahan besar ekonomi Malaysia

FAHMI Fadzil (kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir ke Program Jiwa Madani di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perjanjian telaga gas kedua terbesar di dunia melibatkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang terletak di Turkmenistan membawa limpahan besar kepada ekonomi negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ia membuktikan Malaysia terus mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi rakan pilihan dalam pelbagai usaha pembangunan ekonomi antarabangsa.

Katanya, perjanjian itu akan dimeterai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Perdana Menteri kini berada di Kazan bagi menghadiri ASEAN-Russia Commemorative Summit sebelum meneruskan perjalanan ke Turkmenistan.

“Di Turkmenistan, insya-Allah Perdana Menteri bersama pasukan Petronas akan menandatangani satu perjanjian untuk Petronas dan rakan usaha di Turkmenistan mengusahakan telaga gas kedua terbesar di dunia,” katanya semasa berucap pada Majlis Jiwa Madani di sini hari ini.

Fahmi berkata, kerjasama strategik itu mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai rakan kerjasama yang dipercayai di peringkat global.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Malaysia berpotensi memperoleh akses kepada zon telaga gas yang disifatkan sebagai antara yang terbesar di dunia di Turkmenistan.

Perdana Menteri mengesahkan Presiden Turkmenistan telah menyatakan kesediaan untuk membolehkan Petronas meneroka peluang kerjasama strategik. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN