GEORGE TOWN: Kerajaan kini sedang berhubung rapat dengan negara-negara ASEAN yang lain bagi mendapatkan informasi berkaitan situasi terkini jangkitan Mpox atau cacar monyet di negara-negara berkenaan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pada masa yang sama, semua agensi terlibat juga diarah untuk memantau dengan rapi pintu-pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan kesihatan semua pihak terjamin. “Kita sedang berhubung dengan semua negara ASEAN dan kita memang mengawal sepenuhnya pintu…