Menghirup udara Bali di Lloyd's Inn - Utusan Malaysia

Menghirup udara Bali di Lloyd’s Inn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bali tidak pernah gagal memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Keindahan pantainya, suasana santai dan makanan yang memikat hati menjadikan Bali destinasi percutian pilihan ramai.

Baru-baru ini, saya terbang Bali buat kali kedua. Jika sebelum ini saya memilih hotel di sekitar Nusa Dua, kali ini, saya memilih untuk menginap di Lloyd’s Inn Bali, sebuah hotel yang terletak di kawasan popular Seminyak.

Sejujurnya, pengalaman menginap di Lloyd’s Inn benar-benar meninggalkan kesan mendalam, malah membuatkan saya ingin kembali ke sana lagi.

Lloyd’s Inn terletak di kawasan strategik Seminyak, berhampiran dengan pelbagai tarikan utama seperti restoran, kedai-kedai unik, dan pantai.

Menawarkan suasana yang moden tetapi sederhana, hotel ini sesuai untuk mereka yang mencari penginapan yang selesa tanpa perlu berbelanja besar. Harga biliknya sangat berpatutan, namun kualitinya setanding dengan hotel bertaraf tinggi.

Apa yang paling menarik perhatian saya adalah layanan mesra kakitangannya. Sejak langkah pertama di lobi, saya disambut dengan senyuman dan keramahan yang membuatkan saya berasa sangat dialu-alukan.

Bilik yang saya tempah The Sky Room pula luas, bersih, dan dilengkapi dengan katil yang sangat selesa. Sesuatu yang amat penting untuk rehat selepas seharian berjalan mengelilingi Bali yang kita semua sedia maklum, dari satu tempat ke tempat lain itu makan berjam.

Lloyd’s Inn menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung. Kolam renangnya adalah salah satu tarikan utama, dikelilingi oleh landskap hijau yang menenangkan. Di sini, saya meluangkan masa bersantai sambil menikmati jus segar yang disediakan di kafe kecil hotel.

Selain itu, hotel ini turut menyediakan perkhidmatan sewa basikal dan motor, memudahkan tetamu untuk menerokai kawasan sekitar. Saya mengambil peluang ini untuk menjelajah Seminyak dan mencuba pelbagai makanan tempatan yang terkenal.

Processed with VSCO with a6 preset

Sebagai pencinta makanan, saya pastinya tidak melepaskan peluangmencuba hidangan istimewa Bali, Nasi Tempong Indra. Hidangan nasi campur yang dilengkapi dengan ayam goreng, sambal pedas dan sayur-sayuran di sini benar-benar menggamit selera.

Mungkin di sini nasi ayam penyet sedang ‘mendunia’, tetapi Nasi Tempong Indra memberi rasa berbeza. Sambalnya unik, pedas. Tidak pernah saya merasa hidangan serba lengkap yang sebegitu rasanya.

Di sekitarnya juga terdapat banyak kedai. Saya sempat singgah membeli kek pisang yan g popular dalam kalangan pelancong ke Bali. Mungkin rasanya sama seperti kek pisang lain, tetapi nama pun beli di Bali kan?

Saya sempat juga mengunjungi pelbagai lokasi pelancongan popular antaranya Alas Harum dan mencuba pelbagai jenis kopi di Kintamani. Banyak kafe dengan dekorasi serba moden dan estetik menangkap pilihan.

Namun jarak untuk kelama. Ada satu hingga dua jam. Lebih mudah untuk menyewa sahaja van atau kereta beserta pemandu. Harganya tidak mahal, malah memudahkan kerana mereka lebih arif soal perjalanan.

Jika mahu ke lokasi sekitar Seminyak, tempah sahaja kereta di aplikasi e-hailing. Itu salah satu kelebihan utama Lloyd‘s Inn adalah lokasinya yang strategik. Dari hotel ini, saya dapat mengunjungi pelbagai tempat menarik di Seminyak dengan mudah.

Sama ada ingin menikmati matahari terbenam di Pantai Seminyak, membeli-belah di butik tempatan atau bersantai di kafe berkonsepkan tropika, semuanya terletak berdekatan.

Selain itu, kawasan ini juga terkenal dengan kehidupan malamnya. Bagi mereka yang gemar menikmati suasana malam yang meriah, Lloyd’s Inn adalah pilihan penginapan yang ideal kerana lokasinya yang berhampiran pelbagai destinasi.

Popular dengan khidmat urutan, saya memilih untuk mencuba The Canopy Spa di LLoyd’s Inn. Seperti yang dijangka, urutannya memang berbaloi dengan harga dan paling penting, memberi keselesaan serta mengurangkan kepenatan seharian bekerja.

Secara keseluruhannya, pengalaman menginap di Lloyd’s Inn benar-benar menyeronokkan. Gabungan lokasi yang strategik, harga berpatutan dan kemudahan yang memuaskan menjadikannya pilihan penginapan yang sangat berbaloi untuk percutian di Bali.

Bagi mereka yang merancang perjalanan ke Bali dan masih mencari tempat penginapan yang sesuai, Lloyd’s Inn di Seminyak adalah pilihan yang saya sarankan. Bukan sahaja menjanjikan keselesaan, malah memberikan pengalaman yang sukar dilupakan.

Bali tetap menjadi destinasi percutian kegemaran saya dan Lloyd’s Inn telah menambah satu lagi sebab untuk saya kembali ke pulau ini suatu hari nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN