RM47j untuk pembangunan pendidikan, pengukuhan institusi Islam Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

RM47j untuk pembangunan pendidikan, pengukuhan institusi Islam Negeri Sembilan

ANWAR Ibrahim (tengah) menyaksikan penyampaian sumbangan kerajaan Persekutuan bagi pembangunan pendidikan dan pengukuhan institusi Islam di Negeri Sembilan pada majlis ringkas selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Sri Sendayan di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih RM47 juta diterima oleh kerajaan Negeri Sembilan hari ini bagi pembangunan pendidikan dan pengukuhan institusi Islam di negeri ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM42.3 juta diperuntukkan bagi bayaran imbuhan dan elaun imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dengan jumlah keseluruhan penerima manfaat itu ialah seramai 7,091 orang.

Sementara itu, sebanyak RM3.07 juta akan dibelanjakan untuk menyelenggara dan menaik taraf dua sekolah pondok, maahad tahfiz (18) dan sekolah agama (11).

Sebanyak RM2.34 juta diperuntukkan untuk menyelenggara dan menaik taraf 26 premis KAFA yang tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Peruntukkan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan pada majlis ringkas selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Sri Sendayan (BSS) di sini.

Majlis itu telah disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Anwar bersama Aminuddin, Zulkifli; Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi Masjid Bandar Sri Sendayan Tan Sri Rashid Husseinmenunaikan solat Jumaat di masjid tersebut selepas majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara di Sendayan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN