Mengapa Israel mahu kuasai dua koridor?

Mengapa Israel mahu kuasai dua koridor?

: Koridor Philadelphi di sempadan antara selatan Semenanjung Gaza dan Mesir.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Tuntutan Israel untuk menguasai secara kekal dua koridor strategik di Gaza, menimbulkan persoalan sama ada kawasan berkenaan mungkin disebut dalam rundingan gencatan senjata konflik di Gaza yang masih lagi menemui jalan buntu. 

Pegawai yang rapat dengan rundingan mendedahkan, Israel ingin mengekalkan kehadiran tentera di kawasan sempit sepanjang sempadan Gaza-Mesir yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi dan di kawasan yang memisahkan utara serta selatan Gaza iaitu Koridor Netzarim.

Tidak jelas sama ada kawalan Israel ke atas koridor itu termasuk dalam cadangan gencatan senjata disokong oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken.

Blinken, yang berada di Tel Aviv semalam mendakwa, Israel telah bersetuju dengan gencatan senjata berkenaan tanpa menyebut butirannya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, tenteranya perlu mengawal kawasan bersempadan dengan Mesir bagi mencegah Hamas menyeludup senjata melalui terowong bawah tanah.

Hamas menolak tuntutan Israel terhadap dua koridor tersebut yang mendakwa, ia tidak disebut dalam draf awal cadangan gencatan senjata yang dilihat oleh The Associated Press.

Pelan gencatan senjata api Gaza dilaporkan mempunyai tiga fasa yang merangkumi gencatan senjata penuh dan lengkap yang berlangsung selama enam minggu, dengan tentera Israel berundur dari semua kawasan berpenduduk di Gaza.

Koridor Philadelphi adalah kawasan sempit kira-kira 100 meter lebar di beberapa bahagian sepanjang 14 kilometer di Gaza yang bersempadan dengan Mesir. 

Ia termasuk lintasan Rafah yang sehingga bulan Mei merupakan satu-satunya laluan keluar Gaza ke dunia luar yang tidak dikawal oleh Israel.

Koridor Netzarim yang panjangnya kira-kira enam kilometer adalah kawasan yang memisahkan bahagian utara dan selatan Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×