Manfaatkan ‘Podcast' sebagai ruang berilmiah - Zulkifli

Manfaatkan ‘Podcast’ sebagai ruang berilmiah – Zulkifli

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diminta memanfaatkan audio siar (podcast) sebagai ruang untuk perkongsian berkongsi perkara ilmiah dan bukannya menjadi ruang untuk berbual kosong tanpa pengisian ilmu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menegaskan, ruang itu sepatutnya digunakan oleh golongan intelektual untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu yang dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

“Kita raikan kebebasan untuk berkarya, memberi pandangan, namun apa yang paling penting apakah objektif dan impak kepada perbincangan ataupun idea itu?

“Marilah kita bersama-sama membicarakan tajuk-tajuk yang produktif yang konstruktif yang boleh membawa negara kepada kemajuan, kepada perpaduan, kepada kesatuan hati rakyat Malaysia kerana pada hari ini cabarannya begitu besar,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Zulkifli Hasan merasmikan program Nadwah Mahasiswa Timur Tengah yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Putrajaya hari ini.

Program berkenaan melibatkan mahasiswa dari Mesir, Jordan, Arab Saudi, Maghribi dan beberapa negara dari Timur Tengah bertujuan mengeratkan jaringan kerjasama di antara kerajaan dan kumpulan itu dari aspek kebajikan serta akademik.

Tambah Zulkifli, ukhuwah dalam kalangan generasi baharu pelajar Timur Tengah juga perlu diperkuat kerana mereka mampu memberikan tauladan dan pemangkin perubahan serta perpaduan.

“Sudah sampai masanya generasi muda pelajar Timur Tengah bangkit dengan naratif baharu perpaduan dan berjiwa besar untuk menangani perbezaan serta kepelbagaian,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN