Pas dakwa BN akan desak bubar Parlimen jika menang besar PRN Johor

Pas dakwa BN akan desak bubar Parlimen jika menang besar PRN Johor

AHMAD Fadhli Shaari berucap pada Grand Finale Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, di Laman Muafakat, Bakri, di sini hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Barisan Nasional (BN) akan mendesak pembubaran Parlimen sekiranya parti itu mencatat kemenangan besar di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, keputusan PRN Johor hanya akan membawa ‘dua’ kemungkinan selepas 11 Julai ini.

“Sekiranya BN mencatat kemenangan yang
selesa di Johor dan Negeri Sembilan, hampir pasti mereka akan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk membubarkan Dewan Rakyat dengan segera.

“Kalau Pakatan Harapan (PH) mendapat kemenangan yang selesa, PH tidak perlukan apa-apa tekanan mereka yang akan bubarkan Dewan Rakyat terlebih dahulu kerana mereka rasa selesa,” katanya semasa ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) di Laman Muafakat, Simpang Jeram di Bakri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata, Johor perlu menjadi titik mula kebangkitan rakyat untuk menolak PH terutama DAP.

Beliau mendakwa, PH kini berada di fasa panik apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen untuk calon-calon PH di PRN Johor.

“Kita kena menghanyutkan PH ke Laut China Selatan. Insya-Allah.

“Perdana Menteri sudah menekan ‘butang panik’ kerana beliau sudah rasa tidak selesa dengan jangkaan keputusan di Johor, daripada pagi sampai ke petang datang ke Johor untuk berkempen.

“Seorang Perdana Menteri jarang sekali menumpukan masa yang begitu banyak untuk berkempen, tapi kali ini Perdana Menteri turun dengan begitu rajin ke Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN