Pelakon wanita positif dadah bebas dengan jaminan polis

Pelakon wanita positif dadah bebas dengan jaminan polis

SAZALEE ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelakon wanita yang ditahan semalam apabila ujian saringan awal mendapati dia positif dadah ketika berada di sebuah pusat hiburan sudah dibebaskan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pelakon wanita itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Dia sudah dibebaskan,” katanya malam ini.

Semalam, polis mengesahkan penahanan pelakon wanita berusia 40-an dalam serbuan Op Noda pada pukul 3.15 pagi.

Pelakon itu ditahan di dalam salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain.

Ujian saringan awal mendapati dia positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN