PETALING JAYA: Malaysia meneroka potensi memperluaskan kerjasama dengan Republik Tatarstan dalam pelbagai bidang terutamanya membabitkan industri halal. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara agenda dibincangkan beliau dengan Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov dalam lawatan kerjanya ke Malaysia selama dua hari. Beliau berkata, antara lain, Malaysia turut menyatakan kesediaan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan republik yang merupakan sebuah wilayah di Russia tersebut. “Kami berbicara panjang…










