PETALING JAYA: Kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas khas pada minggu hadapan bagi membincangkan mengenai aspek kawal selia dan penguatkuasaan platform media sosial. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pasukan tersebut melibatkan kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC). Kata beliau, perkara tersebut diputuskan selepas pertemuan diadakan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi…










