BAGAN DATUK: Seorang lelaki warga emas ditahan bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kampung Sungai Pulau, Sungai Sumun di sini hari ini. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek berusia 71 tahun itu diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk pada pukul 5 petang. “Tangkapan terhadap lelaki itu dibuat susulan laporan polis oleh ibu mangsa…










