Kira-kira 500 jemaah solat jenazah ghaib pemimpin Hamas

Kira-kira 500 jemaah solat jenazah ghaib pemimpin Hamas

Jemaah hadir solat jenazah ghaib yang diadakan di Masjid Negara, malam ini sebagai penghormatan terhadap pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 jemaah hadir solat jenazah ghaib yang diadakan di Masjid Negara, malam ini sebagai penghormatan terhadap pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Solat jenazah ghaib dimulakan sebaik sahaja jemaah selesai mendirikan solat fardhu maghrib yang diimamkan oleh Imam Kanan Masjid Negara, Hassan AlFadhli Abdul Rahman.

Terdahulu, semua masjid bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diminta melakukan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail yang syahid dalam serangan di Iran.

Sebelum ini, media melaporkan kumpulan Hamas memaklumkan Allahyarham terbunuh dalam serangan di Tehran, Iran.

Katanya, kumpulan pejuang Islam itu berkabung atas kematian pemimpin terbabit yang dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’.

Haniyeh dilaporkan berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN