kes artis Indonesia jadi mangsa pukul - Utusan Malaysia

kes artis Indonesia jadi mangsa pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dipukul, rambut ditarik, bayi ditendang adalah antara situasi yang dirakam kamera litar tertutup rumah atlet dan pempengaruh Indonesia, Cut Intan Nabila. 

Perkara tersebut, telah menimbulkan kemarahan semua yang rata-rata berang dengan sikap buruk suaminya, Armor Toreador. 

Lebih mengecewakan, Intan turut mendedahkan suaminya itu sudah berkali-kali curang termasuklah bersama sahabatnya sendiri sepanjang lima tahun perkahwinan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kisah sedih itu, menjadi tular serta dibincangkan meluas di negara berkenaan. Tidak hanya Intan, sebelum ini beberapa artis Indonesia lain juga pernah berhadapan dengan isu Keganasan Dalam Rumah Tangga (KDRT). 

Berikut kami senaraikan antara empat kes KDRT artis Indonesia yang pernah mencuri tumpuan.

LESTI KEJORA

Antara kes KDRT paling banyak dibualkan kerana Lesti dan suami, Rizky Billar sering memuat naik kemesraan mereka sebagai pasangan bahagia di Instagram. 

Berita keganasan rumah tangga bermula apabila Lesti membuat laporan polis mengatakan suaminya tidak boleh mengawal amarah selepas berita kecurangannya terbongkar. 

Rizky dikatakan menarik tangan dan menghempas Lesti ke lantai. Bagaimanapun, Lesti menarik semula laporan tersebut dan kembali berdamai dengan suaminya itu.

NINDY AYUNDA

Penyanyi ini pernah menjadi mangsa pukul suaminya Askara Parasady Harsono pada 2021. Menerusi laporan yang dibuat, Nindy dipukul, dicampak dan dicekik oleh suaminya. 

Ekoran itu, Nindy mengalami luka dan bengkak di bawah mata. Beberapa foto keganasan rumah tangga tersebut turut menjadi tular. 

Selain itu, suaminya juga berdepan dengan kesalahan salah guna dadah dan mempunyai senjata api secara haram.

YUNI SHARA

Penyanyi terkenal ini berkahwin dengan suami pertamanya, Raymond Manthey pada usia 21 tahun. Kakak kepada penyanyi Krisdayanti itu membuat pendedahan bahawa sudah mengalami keganasan rumah tangga sejak malam pertama, bergelar isteri. 

Dedahnya, kerana trauma dengan perkahwinan tersebut, sehingga kini dia mengalami masalah untuk melakukan hubungan seksual. 

Perkahwinan itu bagaimanapun hanya bertahan selama empat bulan sebelum Yuni berkahwin lain dengan suami keduanya, Henry Siahaan sebelum bercerai lagi.

THALITA LATIEF

Pernah menjadi mangsa KDRT, Thalita mengalami penderaan secara  zikal dan mental. 

Bekas suaminya, Dennis Rizky pernah melempar telefon bimbit ke wajah artis itu menyebabkan dua batang giginya patah. 

Selain itu juga, Thalita mengakui bertekad meneruskan niat bercerai selepas tahu suaminya curang selain gagal memberikan na ah yang mencukupi buat keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini